Pages

Wednesday, April 6, 2011

ll- Jom Belajar Seni : Teknik Gurisan -ll

Ehem..ehem...
Assalammualaikum semua...
Selamat Petang...
Baiklah, hari ini cikgu nak ajar kamu semua pendidikan seni visual.
Haaa, cepat keluarkan semua peralatan yang cikgu pesan.
Jadi..
"Jom Belajar Seni Bersama Sara_wo Sensei"
Sebelum mula Belajar
Semua mesti senyum dulu ya..
nak belajar seni kena gembira..
Barulah hasil seni kamu nampak cantik, ceria dan menyeronokkan..
Hehehehhee...

............................

Bidang: Menggambar
Tahun: Tahun 5
Tema: Hidupan Laut
Tajuk: Ikan Paus
Teknik: Gurisan
Kemahiran: Melukis, mewarna, mengguris
Alat dan bahan: Pensel mekanikal, krayon, kertas lukisan, bahan lain jika fikirkan perlu


CARA PENYEDIAAN:

LANGKAH PERTAMA:

Sediakan alat dan bahan seperti di atas.


LANGKAH KEDUA:

Mulakan mewarna lapisan warna yang pertama dengan menggunakan krayon.
Anda semua digalakkan menggunakan kreativiti masing2 dalam pemilihan unsur seni warna.
Warnakan sehinnga kertas lukisan anda penuh ya...


LANGKAH KETIGA:

Kemudian, setelah siap mewarna lapisan krayon yang pertama (seperti diatas, cantikkan..hehe)
Lakukan kemasan pertama iaitu bersihkan lebihan krayon pada kertas lukisan.


LANGKAH KEEMPAT:

Setelah itu, dengan menggunakan krayon berwarna hitam, warnakan lapisan kedua sepenuhnya menggunakan warna hitam.
Sila jaga kebersihan tangan anda ya...


LANGKAH KELIMA:

Hasil lapisan krayon yang kedua adalah seperti diatas.
Lakukan kemasan yang kedua iaitu membersihkan serpihan krayon yang tertinggal pada kertas lukisan anda.


LANGKAH KEENAM:

Dengan menggunakan pensel mekanikal (bahagian hujung yang tajam tanpa ubat pensel) mula melukis ikan paus dengan menggunakan teknik gurisan.
Hasilnya, anda akan melihat ikan paus anda bewarna-warni (seperti diatas)
Cantikkan...



Teruskan menggunakan dan meningkatkan kreativiti seni anda dengan melakukan tambahan imej pada ikan paus seperti menambah imej ombak, awan, matahari, burung dan lain-lain.


JADI:
Kelas kita pada hari ini tamat disini
Sebarang pertanyaan sila tanya pada cikgu ya.



.S.E.L.A.M.A.T. .M.E.N.C.U.B.A. .M.U.R.I.D.-.M.U.R.I.D. .S.E.K.A.L.I.A.N...!.!.
.S.E.N.I. .I.T.U. .M.E.N.Y.E.R.O.N.O.K.K.A.N.