Pages

Monday, October 3, 2011

.R.e.n.u.n.g.a.n.

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan

"Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita, Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang disitulah letaknya bahagia."
DR. HM TUAH ISKANDAR al-haj

Friday, June 24, 2011

ll- Gula Hati -ll



Bismillahhirahmanirrahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Pertama kali bertemu dengan mu..
Hatiku berdegup..
Dupp..Dupp..Duppp...
Perasaanku terpaut padamu..
Takdir Allah, mempertemukan hati kita...
Tanpa luhan kata, senyuman y menjadi penghubung rasa cinta...


Ya, Allah...
Insan ini terlalu istimewa...
Insan ini mempunyai keberanian y tidak pernah kusangka...
Insan ini lelaki y berani meluahkan rasa cintanya..
Terima kasih Ya, Allah..
Kerana mempertemukan Lelaki ini kepadaku..

Bersama dengannya,
Nasihat x pernah lekang dari bibir...
Ingat sering meniti di fikiran...
Teguran sering x putus darinya...
Rasa syukur tidak terhingga..
Setiap salahku ditegur..
Dengan penuh hikmah...

Lelaki ini,
bertahta dihati...
Lelaki ini sering membuahkan rasa rindu..
Rindu yang selama ini tidak pernah aku rasakan...
Menemaniku..
Dikala susah dan senang..
Malah, dapat pula mengetahui perlakuan dan perasaanku walaupun berjauhan...
Sering membuatkan hati wanitaku tersentuh dengan sikap dan perlakuanmu..

Abang..
Sayang sentiasa menanti kehadiran abang dlm hidup sayang...
Sayang sentiasa akan menunggumu..
Kerana Abang..
Insan Yang Syg Kasihi...
Selamanya 1437
Selamanya 1+1=1
.: Selamanya Qhaisara :.

Abg..
Kamu Jahat..
Kamu Masyiemm..
(>_<)

3> KHAIRUL AHSRAF ABD MALEK <3
SYG&ABG

< Percaya Padaku >

aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu

seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)

agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

Wednesday, April 6, 2011

ll- Jom Belajar Seni : Teknik Gurisan -ll

Ehem..ehem...
Assalammualaikum semua...
Selamat Petang...
Baiklah, hari ini cikgu nak ajar kamu semua pendidikan seni visual.
Haaa, cepat keluarkan semua peralatan yang cikgu pesan.
Jadi..
"Jom Belajar Seni Bersama Sara_wo Sensei"
Sebelum mula Belajar
Semua mesti senyum dulu ya..
nak belajar seni kena gembira..
Barulah hasil seni kamu nampak cantik, ceria dan menyeronokkan..
Hehehehhee...

............................

Bidang: Menggambar
Tahun: Tahun 5
Tema: Hidupan Laut
Tajuk: Ikan Paus
Teknik: Gurisan
Kemahiran: Melukis, mewarna, mengguris
Alat dan bahan: Pensel mekanikal, krayon, kertas lukisan, bahan lain jika fikirkan perlu


CARA PENYEDIAAN:

LANGKAH PERTAMA:

Sediakan alat dan bahan seperti di atas.


LANGKAH KEDUA:

Mulakan mewarna lapisan warna yang pertama dengan menggunakan krayon.
Anda semua digalakkan menggunakan kreativiti masing2 dalam pemilihan unsur seni warna.
Warnakan sehinnga kertas lukisan anda penuh ya...


LANGKAH KETIGA:

Kemudian, setelah siap mewarna lapisan krayon yang pertama (seperti diatas, cantikkan..hehe)
Lakukan kemasan pertama iaitu bersihkan lebihan krayon pada kertas lukisan.


LANGKAH KEEMPAT:

Setelah itu, dengan menggunakan krayon berwarna hitam, warnakan lapisan kedua sepenuhnya menggunakan warna hitam.
Sila jaga kebersihan tangan anda ya...


LANGKAH KELIMA:

Hasil lapisan krayon yang kedua adalah seperti diatas.
Lakukan kemasan yang kedua iaitu membersihkan serpihan krayon yang tertinggal pada kertas lukisan anda.


LANGKAH KEENAM:

Dengan menggunakan pensel mekanikal (bahagian hujung yang tajam tanpa ubat pensel) mula melukis ikan paus dengan menggunakan teknik gurisan.
Hasilnya, anda akan melihat ikan paus anda bewarna-warni (seperti diatas)
Cantikkan...



Teruskan menggunakan dan meningkatkan kreativiti seni anda dengan melakukan tambahan imej pada ikan paus seperti menambah imej ombak, awan, matahari, burung dan lain-lain.


JADI:
Kelas kita pada hari ini tamat disini
Sebarang pertanyaan sila tanya pada cikgu ya.



.S.E.L.A.M.A.T. .M.E.N.C.U.B.A. .M.U.R.I.D.-.M.U.R.I.D. .S.E.K.A.L.I.A.N...!.!.
.S.E.N.I. .I.T.U. .M.E.N.Y.E.R.O.N.O.K.K.A.N.

Sunday, August 30, 2009

Makna Merdeka Bagi Diorang

Salam Kemerdekaan kepada Seluruh Rakyat Malaysia..
hurmmm..
dah masuk tahun ke-52 dah kita merdeka...
pearghhh...ramai giler sensei tengok muda-mudi yang berpusu-pusu nak raikan kemerdekaan
tapi...
Apakah Makna Merdeka bagi Diorang???
almaklumlerrr...lain orang,lain pengertiannya pasal merdeka nie..
Luaran nampak merdeka sesama menyambutnya tapi dari sudut jiwa siapa yang tau kan...
merdeka ker kita sebagai bangsa merdeka???
tambahan pulak..Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sedang berusaha menyebarkan
laungan keramat 1 Malaysia yang dah lama bersarang dalam fikiran dia tue...
hhohoho...
kalau la sensei berkesempatan nak bersoal jawab ngan 'Najib'...
soalan yang paling first nak tya ialah:
' dah baper lama Datuk Fikir nak wat 1Malaysia nie???'
hohoho...

okie dokie..
jom kita tengok apa makna Merdeka Bagi Diorang nie:


Tentera
Dulu kewajipan menjaga keselamatan negara . Hidup sentiasa sengsara, semangat nasional membara bukan main hebat dan sangat ketara berkobar-kobarnya. Kini dah merdeka negara aman damai sejahtera..Merdeka amat bermakna bila dan bersara bila anak-anak dan besar dan hidup diorang pown disara oleh anak-anak mereka yang berjaya.

Murid
Hurmmmm..Saban hari belajar memang la perit. Buku bertimbun beg diseret kehulu-kehilir. Formula, fakta diingat otak semakin sempit dan padat...Belajar dan terus belajar tidak pernah serik walaupun sakit sampai tercirit-cirit..hohoho. Merdeka sungguh bila cuti tiba berderet-deret. Dit dikumpul sikit-sikit. Dalam otak macam-macam nak beli...henpon, credit, komik dan lain-lain walaupown poket dah kering kontang macam padang pasir......

Guru
Tanggungjawab mendidik mestilah didahulukan, mengajar menjadi pandai bukannyerr pandai jadi kaki tiru dalam pekse...walaupown kekadang murid dijadikan seteru. Perangai memurid kalu ditengok mata masyaAllah..naik berbulu, mak bapak pulak buat tak tau jerrr...Nak wat camner dah itu yang kementerian seru. Walaupown cuti semester panjang-panjang tapi rehat belum tentu. Bila murid berjaya baru merdeka dan bangga giler rasa di kalbu..maka, semangat nak mengajar, apalagi kembali menderu datang...hehehehehe

Penganggur
Haduihhh..masalah..masalah..Bagaikan merdeka kerana hari dah menninggi tapi masih berdengkur mengalahkan bunyi burung terkukur. dah la tu, berserabut malas bercukur terus jerr ke dapur melantak nasik campur sup telur. menghabihkan duit syiling setelah dicongak, ditolak, dicampur sebab tetiap setengah bulan kena gak p berhibur..kalu x dapat bagaikan jatuh tersungkur...Merdeka la jiwa mereka bila dapat menyusahkan mak bapak diorang...


hohoho...
dan Yang Sebenarnya...
banyak lagi pengertian Merdeka Bagi diorang...
Tapi Sensei Juzz Fokuskan kepada 4 jenis nie jerrr...
so..
'Merdekakan Diri Anda'


Wednesday, August 26, 2009

3 Kategori Nak Hidup Masa Depan


fuhhh...
org cakap bukan senang nak senang
ada org cakap gak..bukan susah nak susah.....
jadi konklusi yang dapat sensei ungkapkan ialahh....
nak susah ngan nak senang sma-sma susah n sma-sma senang la..
bergantung kepada kesedaran setiap individu..
kalu nak hidup senang kena la usaha..
kena sedar diri yang kesenangan tue bukannyer datang cam tue jerr

hurmm...
semalam masa on da way nak g umah tok..
abah ada kasik tau info nie kat sensei..
abah cakap kalu kat anak2 murid dia lam kelas

'kamu kalau nak senang masa depan kamu kena pilih'
ada 3 pilihan:

pertama:
kamu kerja dengan tahap pendidikan lepasan spm; gaji kamu starting dalam rm800..tu pown tolak sana tolak sini last2 tinggal rm 600 sebulan.then pihak kilang lak asyik kerah jerr tenaga kamu..kamu lak penat la sampai tertungging..
nnt tua sebelum usia

kedua:
kamu kerja dengan tahap pendidikan lepasan ijazah; gaji kamu starting ngan rm1600..
tambah elaun rumah..elaun tu, elaun nie gaji kamu dekat rm 2000 lebih..
kamu hya perlu guna otak kamu lebih..badan kamu x dikerahkan sngt
tiap2 bulan masuk penuh lam akaun kamu

ketiga:
kamu kerja dengan kamu x der paper...spm x dak..ijazah x dak..apa pown x dak...
pastu kamu mintak pulak duit kat mak bapak kamu...
bila x bagi duit..kamu maki hamun mak bapak kamu sebab x ikut kemahuan kamu..
dengan rasa x malu dan x rasa ada tanggungjawab terhadap diri dan mak ayah kamu...
.........................


so..
lu pikir la sendiri....
mana baik mana buruk sumer nyerr ditangan anda sendiri
'luv ur self..future..no one know'


Sunday, August 23, 2009

Sensei Tuition Class

Subjek : Murid dan Alam Belajar
Kod : EDU 3103
Tajuk : Teori Pembelajaran Konstruktivisme


TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

APAKAH KONSTRUKTIVISME ?

(McBrien & Brandt,1997)

Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan

tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu

membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang

lain.

(Briner, M.,1999)

Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan

pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan

mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang

sedia wujud.

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Konstruktivisme ialah teori pembelajaran yang melihat pelajar sebagai pembina pengetahuan, bukannya sebagai penerima pengetahuan.

Pelajar membina pengetahuan tentang topik yang dipelajari dengan cara mengaitkannya dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada masing-masing, bukannya menerima bulat-bulat pengetahuan yang disampaikan.

Mempunyai asas teori kognitif dengan penekanan diberikan kepada bagaimana struktur kognitif membina dan mengorganisasi pengetahuan.

TEORI KONSTRUKTIVISME PSIKOLOGI/ INDIVIDU/ KOGNITIF

Jean Piaget (1896) – keupayaan mengurus maklumat dan pengetahuan berlaku secara berperingkat.

Proses membina pengetahuan juga berlaku mengikut peringkat yang bermula dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif.

Struktur asas dalam organisasi mental ini dinamakan skema.

Maka, pengetahuan sedia ada yang menjadi asas tingkah laku ialah skema.

Piaget membahagikan adaptasi kepada dua proses, iaitu ASIMILASI dan AKOMODASI.

ASIMILASI

Maklumat baru mempunyai ciri-ciri persanmaan dengan maklumat sedia ada dalam skema, maklumat tersebut akan dapat diserap dengan mudah ke dalam struktur kognitif.

Ini menyebabkan keseimbangan (equilibrasi) berlaku

AKOMODASI

Apabila maklumat baru tidak mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat dalam skema, akan berlaku ganggu gugat atau ketidakseimbangan dalam struktur kognitif.

Apabila skema berubah, melalui pembacaan, perbincangan atau seumpanya, maklumat baharu akan diserap masuk.

Dengan itu, struktur kognitif akan mencapai equilibrasi.

Kedua-dua proses asimilasi dan akomodasi berlaku sepanjang hayat individu dalam proses penyesuaian diri dengan persekitaran.

Dengan proses adaptasi yang semakin kompleks, skema juga akan menjadi lebih kompleks.

Skema yang semakin kompleks ini akan membentuk struktur kognitif.

Struktur kognitif akan melalui proses organisasi secara hierarki dan daripada susunan umum kepada khusus.

Melalui proses adaptasi (asimilasi & akomodasi), maklumat dalam strukttur kognitif sentiasa diorganisasi untuk disimpan dan digunakan apabila perlu.

Oleh itu, pembinaan pengetahuan sentiasa dibuat sepanjang hayat individu.

TEORI KONSTRUKTIVISME SOSIAL

Dipelopori oleh LEV VYGOTSKY (1896-1934)

Menurut Vygotsky, perkembangan konsep kanak-kanakberkembang secara sistematis, logikal serta rasional dengan bantuan dan bimbingan verbal orang lain.

Konteks sosial memainkan peranan utama dalam pembelajaran.

Konstruktivisme sosial melihat pembelajaran manusia dalam konteks sosio-budaya.

Dalam konteks sosial inilah berkongsi dan saling membina pengetahuan baru.

Penglibatan dengan orang lain memberikan peluang kepada pelajar untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan.

ZON PERKEMBANGAN TERDEKAT

Vygotsky – isi pelajaran mudah dikuasai pelajar jika berasaskan skema ataupun pengetahuan sedia ada.

Zon perkembangan terdekat (ZPD) merujuk kepada tugasan pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh pelajar.

Sekiranya pelajar dapat melakukannya sendiri, isi pelajaran tersebut dikatakan berada pada zon bawah.

Sebaliknya jika pelajar dapat menguasai tugasan dengan bimbingan orang lain, tugasan tersebut berada pada ZPD.

Isi pelajaran yang berada di luar zon aras bawah bermakna tidak berlaku pembelajaran kerana pelajar sudah menguasai isi pelajaran.

Isi pelajaran yang berada di luar zon aras atas, tidak akan dapat dikuasai pelajar walaupun dengan bimbingan orang lain.

Teknik scaffolding diperkenalkan bagi membantu isi pelajaran yang berada dalam ZPD – iaitu proses membimbing dan membantu pembelajaran.

Scaffolding – peringkat bimbingan dan sokongan yang dilakukan mengikut keperluan pelajar.

Bimbingan akan dikurangkan apabila pelajar telah menguasai peringkat demi peringkat. Akhirnya, bimbingan dilepaskan apabila pelajar telah dapat melakukannya sendiri.

Teknik yang boleh dilakukan untuk scaffolding ialah:

- penjelasan verbal

- soal jawab

- prompting

- cueing

- tanda isyarat yang lain

IMPLIKASI TEORI KONSTRUKTIVISME KEPADA PENGAJARAN

Teori konstruktivisme mendapat sokongan daripada sebahagian besar ahli psikologi pendidikan.

Masing-masing mengemukakan pandangan dari sudut yang pelbagai, tetapi menjurus kepada konsep yang sama, berdasarkan pembinaan pengetahuan melalui pengalaman sendiri

PERANAN MURID

• Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu, kemudian secara individu mereka membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.

• Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka. Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka. Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut dapat membina asas pengetahuan yang mereka faham.

• Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan.

• Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.

PERANAN GURU

ü Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka.

ü Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid.

ü Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka.

ü Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis.

ü Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis.

ü Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka.

ü Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain.

ü Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan setelah soalan dikemukakan.

ü Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan.

ü Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu.

CABARAN GURU KONSTRUKTIVIS

- Guru merasa mereka tidak mengajar.

- Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme dianggap tidak realistik.

- Guru merasa bahawa penerangan mereka tidak penting lagi.

- Kawalan kelas agak merosot.

- Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan profesionalisme serta pengukuhan keyakinan daripada pihak sekolah.

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

1. Pembelajaran berpusatkan murid.

2. Fokus kepada pembelajaran bukan pengajaran.

3. Guru sebagai fasilitator.

4. Pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran.

5. Menyokong pembelajaran secara koperatif.

6. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid

7. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar.

8. Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru.

9. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan experimen

10. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea.

11. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid.

12. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran.

Disediakan oleh:

Najwa Md. Nasir

Shanmuga Devi a/p Paramesvaran

Siti Sarah Wozali

‘STUDY WEI JGN X STUDY’…HEHEHEHE


Sensei Tuition Class

Subjek : Gerko Permainan Bola Jaring
Kod : WAJ 3109
Tajuk : Pergerakan Asas Bola Jaring


KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING

1.1 JENIS-JENIS HANTARAN BOLA JARING

Prinsip-prinsip hantaran bola jaring yang perlu diambil perhatian ialah:-

i. Seseorang mempunyai masa penuh selama 3 saat sebelum membuat hantaran.

ii. Seseorang pemain itu hendaklah membuat pilihan siapa-siapa rakan penerima bolanya.

iii. Penghantar bola hendaklah melihat penunjuk yang diberi oleh rakan pasukannya.

iv. Penghantar hendaklah melangkah kea rah tempat hantaran setelah membuat hantaran.

v. Bahu, tangan, jari dan pergerakan badan penghantar bola hendaklah ikut lajak arah ke arah tempat bola dihantar.

vi. Hantaran hendaklah tepat kearah kawan.

vii. Hantaran hendaklah jauh daripada pihak lawan.

Terdapat beberapa jenis hantaran dalam permainan bola jaring antaranya ialah :

1.1.1 Hantaran aras bahu

1.1.2 Hantaran paras dada

1.1.3 Hantaran sisi

1.1.4 Hantaran lob

1.1.5 Hantaran lantun

1.1.1 HANTARAN ARAS BAHU

1.1.1.1 Teknik

- Pegang bola di atas tapak tangan

- Kaki kiri melangkah selangkah ke hadapan

- Berat badan bertumpu di atas kaki kanan

- Bawa bola ke belakang kepala dengan kedudukan siku dibengkokkan

- Pindah berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri semasa membuat hantaran

- Tolak bola dengan kuat dan terus atau ‘flick’

- Tangan dan jari ikut lajak arah bola dihantar

- Bagi hantaran jaraj jauh gunakan pergerakan ‘whip’ pergelangan tangan dan jari.

1.1.2 HANTARAN PARAS DADA

1.1.2.1 Teknik

- Pegang bola rapat pada paras dada dengan cara cekak bola dengan jari terbuka dan kedua ibu jari di belakang bola.

- Bengkokkan kaki dan tolakkan bola kuat dengan menggunakan kekuatan tangan ‘flick’ bola ke hadapan.

- Semasa menolak bola ke hadapan tukarkan berat badan ke kaki yang dilangkah ke hadapan.

- Kedua tangan handaklah ikut lajak kea rah hantaran bola dibuat.

1.1.3 HANTARAN SISI

1.1.3.1 Teknik

- Tekniknya lebih kurang sama seperti lakuan dalam melakukan hantaran atas bahu kecuali

- Tangan kanan yang dihayun ke belakang hendaklah pada paras pinggang.

- Tolak bola dengan menggunakan pergelangan tangan sambil menukarkan berat badan dari kaki belakang ke kaki hadapan.

1.1.4 HANTARAN LOB

1.1.4.1 Teknik

- Kedua tangan mencekak bola dan membawanya ke tinggi paras kepala.

- Siku tangan dibengkokkan.

- Ambil selangkah sambil tukar berat badan ke kaki hadapan.

- Lontarkan bola dengan hayunan tangan bengkok dan lurus di atas kepala ke hadapan.

- Tangan hendaklah ikut lajak arah bola dihantar.

1.1.5 HANTARAN LANTUN

1.1.5.1 Teknik

- Pergerakan kaki seperti hantaran aras bahu.

- Jari hendaklah sentiasa di belakang bola.

- Lantunkan bola dengan menggunakan pergelangan tangan.

- Condong kehadapan semasa melakukan lantunan.

- Lantunkan bola dari paras pinggang.

- Kedua tangan hendaklah mengikut lajak apabila telah membuat hantaran.

1.2 GERAKAN TANGAN MEMBUAT HANTARAN BOLA DARI BOLA LANTUN

1.2.1 LATIHAN TUBI BAGI KEMAHIRAN HANTARAN

1.2.1.1 Pemain berada dalam 2 barisan. Pemain A menghantar kepada pemain B, kemudian pemain A lari ke belakang barisannya.

Manakala pemain B menghantar kepada pemain C dan kemudian lari hingga ke belakang barisannya, teruskan hinggalah semua pemain telah berlari. Jarak antara pemain adalah lebih kurang 3 meter.

1.2.1.2 Pemain berada dalam satu bulatan dengan menghalakan pandangannya keluar kecuali pemain A yang menghalakan ke dalam. Apabila pemain A memanggil nama maka pemain yang akan menerima bola hendaklah cepat berpusing untuk terima bola.

1.2.1.3 3 pemain berada dalam kedudukan tiga segi. 2 daripada pemain memiliki bola. Pemain hendaklah menghantar bola kea rah kawan secara pusingan jamdan kemudian menukar arah sebaliknya.

1.2.1.4 Masih dalam kedudukan yang sama seperti (1.2.3.1) di atas, Cuma hantaran yang hendak dibuat ialah B menghantar bola ke A. Apabila A menghantar bola balik ke B,C hendaklah secepat mungkin menghantar bola ke A. Kemudian A menghantar bola balik ke C. Aktiviti itu diulangi dengan secepat yang boleh supaya A sentiasa berwaspada. Pada permulaan, mulakan dalam jarak 2 meter kemudian beransur-ansur jauh dengan ditambah kelajuan bola yang dihantar.

1.2.1.5 6 pemain dalam satu bulatan, jarak antara pemain ialah antara 3 ke 4 meter seorang. Di dalam bulatan terdapat 2 pemain yang bertindak sebagai penghalang dan cuba menyekat bola yang dilemparkan berulang-alik antara 4 pemain yang lain. Sekiranya bola disentuh oleh pemain tengah maka tukaran dibuat, pemain tengah masuk ke bulatan dan sebaliknya.

1.2.1.6 Pemain di dalam satu bulatan kecil berjalan mengikut arah pusingan jam. Bola dihantar antara pemain mengikut arah lawan pusingan jam. Tukar tempo, berjalan perlahan-lahan supaya bertukar kepada berlari perlahan, serta tukar arah apabila perlu.

1.2.1.7 A menghantar bola ke B dan B hendaklah berlari ke hadapan dan menyambut bola, kemudian dengan secepat yang boleh hantar bola semula ke A, B terus berlari hingga ke belakang A/D manakala A menghantar bola kepada pemain seterusnya.

1.2.1.8 B menghala lari ke kiri kemudian berpatah ke kanan dan terus menerima hantaran daripada A. B kemudiannya melantunkan bola ke D. D kemudian membuat hantaran lob kepada A sambil itu B berlari ke belakang barisannya.

BIBLIOGRAFI:

  1. Fouzee H.A, (1989). Pendekatan Pengajaran Pendidikan Jasmani, Bola Jaring. Kuala Lumpur. Penerbitan Siri Maju Sdn. Bhd.
  2. Hamidah Abd Karim. (1993). Siri Sukan Amiza Bola Jaring. Petaling Jaya. Amiza Publishing Sdn. Bhd



Disediakan oleh:
Sara_wo Sensei
PISMP Pendidikan Seni Visual/Pj/Bm Sem2, Ambilan Jan 09'