Pages

Sunday, August 23, 2009

Sensei Tuition Class

Subjek : Gerko Permainan Bola Jaring
Kod : WAJ 3109
Tajuk : Pergerakan Asas Bola Jaring


KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING

1.1 JENIS-JENIS HANTARAN BOLA JARING

Prinsip-prinsip hantaran bola jaring yang perlu diambil perhatian ialah:-

i. Seseorang mempunyai masa penuh selama 3 saat sebelum membuat hantaran.

ii. Seseorang pemain itu hendaklah membuat pilihan siapa-siapa rakan penerima bolanya.

iii. Penghantar bola hendaklah melihat penunjuk yang diberi oleh rakan pasukannya.

iv. Penghantar hendaklah melangkah kea rah tempat hantaran setelah membuat hantaran.

v. Bahu, tangan, jari dan pergerakan badan penghantar bola hendaklah ikut lajak arah ke arah tempat bola dihantar.

vi. Hantaran hendaklah tepat kearah kawan.

vii. Hantaran hendaklah jauh daripada pihak lawan.

Terdapat beberapa jenis hantaran dalam permainan bola jaring antaranya ialah :

1.1.1 Hantaran aras bahu

1.1.2 Hantaran paras dada

1.1.3 Hantaran sisi

1.1.4 Hantaran lob

1.1.5 Hantaran lantun

1.1.1 HANTARAN ARAS BAHU

1.1.1.1 Teknik

- Pegang bola di atas tapak tangan

- Kaki kiri melangkah selangkah ke hadapan

- Berat badan bertumpu di atas kaki kanan

- Bawa bola ke belakang kepala dengan kedudukan siku dibengkokkan

- Pindah berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri semasa membuat hantaran

- Tolak bola dengan kuat dan terus atau ‘flick’

- Tangan dan jari ikut lajak arah bola dihantar

- Bagi hantaran jaraj jauh gunakan pergerakan ‘whip’ pergelangan tangan dan jari.

1.1.2 HANTARAN PARAS DADA

1.1.2.1 Teknik

- Pegang bola rapat pada paras dada dengan cara cekak bola dengan jari terbuka dan kedua ibu jari di belakang bola.

- Bengkokkan kaki dan tolakkan bola kuat dengan menggunakan kekuatan tangan ‘flick’ bola ke hadapan.

- Semasa menolak bola ke hadapan tukarkan berat badan ke kaki yang dilangkah ke hadapan.

- Kedua tangan handaklah ikut lajak kea rah hantaran bola dibuat.

1.1.3 HANTARAN SISI

1.1.3.1 Teknik

- Tekniknya lebih kurang sama seperti lakuan dalam melakukan hantaran atas bahu kecuali

- Tangan kanan yang dihayun ke belakang hendaklah pada paras pinggang.

- Tolak bola dengan menggunakan pergelangan tangan sambil menukarkan berat badan dari kaki belakang ke kaki hadapan.

1.1.4 HANTARAN LOB

1.1.4.1 Teknik

- Kedua tangan mencekak bola dan membawanya ke tinggi paras kepala.

- Siku tangan dibengkokkan.

- Ambil selangkah sambil tukar berat badan ke kaki hadapan.

- Lontarkan bola dengan hayunan tangan bengkok dan lurus di atas kepala ke hadapan.

- Tangan hendaklah ikut lajak arah bola dihantar.

1.1.5 HANTARAN LANTUN

1.1.5.1 Teknik

- Pergerakan kaki seperti hantaran aras bahu.

- Jari hendaklah sentiasa di belakang bola.

- Lantunkan bola dengan menggunakan pergelangan tangan.

- Condong kehadapan semasa melakukan lantunan.

- Lantunkan bola dari paras pinggang.

- Kedua tangan hendaklah mengikut lajak apabila telah membuat hantaran.

1.2 GERAKAN TANGAN MEMBUAT HANTARAN BOLA DARI BOLA LANTUN

1.2.1 LATIHAN TUBI BAGI KEMAHIRAN HANTARAN

1.2.1.1 Pemain berada dalam 2 barisan. Pemain A menghantar kepada pemain B, kemudian pemain A lari ke belakang barisannya.

Manakala pemain B menghantar kepada pemain C dan kemudian lari hingga ke belakang barisannya, teruskan hinggalah semua pemain telah berlari. Jarak antara pemain adalah lebih kurang 3 meter.

1.2.1.2 Pemain berada dalam satu bulatan dengan menghalakan pandangannya keluar kecuali pemain A yang menghalakan ke dalam. Apabila pemain A memanggil nama maka pemain yang akan menerima bola hendaklah cepat berpusing untuk terima bola.

1.2.1.3 3 pemain berada dalam kedudukan tiga segi. 2 daripada pemain memiliki bola. Pemain hendaklah menghantar bola kea rah kawan secara pusingan jamdan kemudian menukar arah sebaliknya.

1.2.1.4 Masih dalam kedudukan yang sama seperti (1.2.3.1) di atas, Cuma hantaran yang hendak dibuat ialah B menghantar bola ke A. Apabila A menghantar bola balik ke B,C hendaklah secepat mungkin menghantar bola ke A. Kemudian A menghantar bola balik ke C. Aktiviti itu diulangi dengan secepat yang boleh supaya A sentiasa berwaspada. Pada permulaan, mulakan dalam jarak 2 meter kemudian beransur-ansur jauh dengan ditambah kelajuan bola yang dihantar.

1.2.1.5 6 pemain dalam satu bulatan, jarak antara pemain ialah antara 3 ke 4 meter seorang. Di dalam bulatan terdapat 2 pemain yang bertindak sebagai penghalang dan cuba menyekat bola yang dilemparkan berulang-alik antara 4 pemain yang lain. Sekiranya bola disentuh oleh pemain tengah maka tukaran dibuat, pemain tengah masuk ke bulatan dan sebaliknya.

1.2.1.6 Pemain di dalam satu bulatan kecil berjalan mengikut arah pusingan jam. Bola dihantar antara pemain mengikut arah lawan pusingan jam. Tukar tempo, berjalan perlahan-lahan supaya bertukar kepada berlari perlahan, serta tukar arah apabila perlu.

1.2.1.7 A menghantar bola ke B dan B hendaklah berlari ke hadapan dan menyambut bola, kemudian dengan secepat yang boleh hantar bola semula ke A, B terus berlari hingga ke belakang A/D manakala A menghantar bola kepada pemain seterusnya.

1.2.1.8 B menghala lari ke kiri kemudian berpatah ke kanan dan terus menerima hantaran daripada A. B kemudiannya melantunkan bola ke D. D kemudian membuat hantaran lob kepada A sambil itu B berlari ke belakang barisannya.

BIBLIOGRAFI:

  1. Fouzee H.A, (1989). Pendekatan Pengajaran Pendidikan Jasmani, Bola Jaring. Kuala Lumpur. Penerbitan Siri Maju Sdn. Bhd.
  2. Hamidah Abd Karim. (1993). Siri Sukan Amiza Bola Jaring. Petaling Jaya. Amiza Publishing Sdn. Bhd



Disediakan oleh:
Sara_wo Sensei
PISMP Pendidikan Seni Visual/Pj/Bm Sem2, Ambilan Jan 09'

1 comments:

rachelmabrey said...

Casino | Golden Nugget Hotel - Goyang FC
The casino is a 4-star 피망포커다운 luxury destination that's all about style and action. Guests 해외배팅사이트가입 can choose from over 3,500 스보벳 slot machines, over 넥스트벳 1,200 table games and 슬롯 a gaming