Kod : EDU 3103
Tajuk : Teori Pembelajaran Konstruktivisme
TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
APAKAH KONSTRUKTIVISME ?
• (McBrien & Brandt,1997)
Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan
tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu
membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang
lain.
• (Briner, M.,1999)
Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan
mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang
sedia wujud.
TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
• Konstruktivisme ialah teori pembelajaran yang melihat pelajar sebagai pembina pengetahuan, bukannya sebagai penerima pengetahuan.
• Pelajar membina pengetahuan tentang topik yang dipelajari dengan cara mengaitkannya dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada masing-masing, bukannya menerima bulat-bulat pengetahuan yang disampaikan.
• Mempunyai asas teori kognitif dengan penekanan diberikan kepada bagaimana struktur kognitif membina dan mengorganisasi pengetahuan.
TEORI KONSTRUKTIVISME PSIKOLOGI/ INDIVIDU/ KOGNITIF
• Jean Piaget (1896) – keupayaan mengurus maklumat dan pengetahuan berlaku secara berperingkat.
• Proses membina pengetahuan juga berlaku mengikut peringkat yang bermula dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif.
• Struktur asas dalam organisasi mental ini dinamakan skema.
• Maka, pengetahuan sedia ada yang menjadi asas tingkah laku ialah skema.
• Piaget membahagikan adaptasi kepada dua proses, iaitu ASIMILASI dan AKOMODASI.
ASIMILASI
• Maklumat baru mempunyai ciri-ciri persanmaan dengan maklumat sedia ada dalam skema, maklumat tersebut akan dapat diserap dengan mudah ke dalam struktur kognitif.
• Ini menyebabkan keseimbangan (equilibrasi) berlaku
AKOMODASI
• Apabila maklumat baru tidak mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat dalam skema, akan berlaku ganggu gugat atau ketidakseimbangan dalam struktur kognitif.
• Apabila skema berubah, melalui pembacaan, perbincangan atau seumpanya, maklumat baharu akan diserap masuk.
• Dengan itu, struktur kognitif akan mencapai equilibrasi.
• Kedua-dua proses asimilasi dan akomodasi berlaku sepanjang hayat individu dalam proses penyesuaian diri dengan persekitaran.
• Dengan proses adaptasi yang semakin kompleks, skema juga akan menjadi lebih kompleks.
• Skema yang semakin kompleks ini akan membentuk struktur kognitif.
• Struktur kognitif akan melalui proses organisasi secara hierarki dan daripada susunan umum kepada khusus.
• Melalui proses adaptasi (asimilasi & akomodasi), maklumat dalam strukttur kognitif sentiasa diorganisasi untuk disimpan dan digunakan apabila perlu.
• Oleh itu, pembinaan pengetahuan sentiasa dibuat sepanjang hayat individu.
TEORI KONSTRUKTIVISME SOSIAL
• Dipelopori oleh LEV VYGOTSKY (1896-1934)
• Menurut Vygotsky, perkembangan konsep kanak-kanakberkembang secara sistematis, logikal serta rasional dengan bantuan dan bimbingan verbal orang lain.
• Konteks sosial memainkan peranan utama dalam pembelajaran.
• Konstruktivisme sosial melihat pembelajaran manusia dalam konteks sosio-budaya.
• Dalam konteks sosial inilah berkongsi dan saling membina pengetahuan baru.
• Penglibatan dengan orang lain memberikan peluang kepada pelajar untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan.
ZON PERKEMBANGAN TERDEKAT
• Vygotsky – isi pelajaran mudah dikuasai pelajar jika berasaskan skema ataupun pengetahuan sedia ada.
• Zon perkembangan terdekat (ZPD) merujuk kepada tugasan pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh pelajar.
• Sekiranya pelajar dapat melakukannya sendiri, isi pelajaran tersebut dikatakan berada pada zon bawah.
• Sebaliknya jika pelajar dapat menguasai tugasan dengan bimbingan orang lain, tugasan tersebut berada pada ZPD.
• Isi pelajaran yang berada di luar zon aras bawah bermakna tidak berlaku pembelajaran kerana pelajar sudah menguasai isi pelajaran.
• Isi pelajaran yang berada di luar zon aras atas, tidak akan dapat dikuasai pelajar walaupun dengan bimbingan orang lain.
• Teknik scaffolding diperkenalkan bagi membantu isi pelajaran yang berada dalam ZPD – iaitu proses membimbing dan membantu pembelajaran.
• Scaffolding – peringkat bimbingan dan sokongan yang dilakukan mengikut keperluan pelajar.
• Bimbingan akan dikurangkan apabila pelajar telah menguasai peringkat demi peringkat. Akhirnya, bimbingan dilepaskan apabila pelajar telah dapat melakukannya sendiri.
• Teknik yang boleh dilakukan untuk scaffolding ialah:
- penjelasan verbal
- soal jawab
- prompting
- cueing
- tanda isyarat yang lain
IMPLIKASI TEORI KONSTRUKTIVISME KEPADA PENGAJARAN
• Teori konstruktivisme mendapat sokongan daripada sebahagian besar ahli psikologi pendidikan.
• Masing-masing mengemukakan pandangan dari sudut yang pelbagai, tetapi menjurus kepada konsep yang sama, berdasarkan pembinaan pengetahuan melalui pengalaman sendiri
PERANAN MURID
• Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu, kemudian secara individu mereka membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.
• Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka. Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka. Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut dapat membina asas pengetahuan yang mereka faham.
• Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan.
• Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.
PERANAN GURU
ü Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka.
ü Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid.
ü Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka.
ü Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis.
ü Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis.
ü Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka.
ü Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain.
ü Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan setelah soalan dikemukakan.
ü Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan.
ü Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu.
CABARAN GURU KONSTRUKTIVIS
- Guru merasa mereka tidak mengajar.
- Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme dianggap tidak realistik.
- Guru merasa bahawa penerangan mereka tidak penting lagi.
- Kawalan kelas agak merosot.
- Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan profesionalisme serta pengukuhan keyakinan daripada pihak sekolah.
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME
1. Pembelajaran berpusatkan murid.
2. Fokus kepada pembelajaran bukan pengajaran.
3. Guru sebagai fasilitator.
4. Pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran.
5. Menyokong pembelajaran secara koperatif.
6. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid
7. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar.
8. Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru.
9. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan experimen
10. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea.
11. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid.
12. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran.
Disediakan oleh:
Shanmuga Devi a/p Paramesvaran
Siti Sarah Wozali
‘STUDY WEI JGN X STUDY’…HEHEHEHE
1 comments:
Right for You, it is really less about him and more about you.
By doing this, you are allowing yourself to get what you want as you want it.
For this reason, it is important to examine an agreement closely, and if in doubt,
contact the VLPA, or a similar local organization.
my homepage; Tao of Badass Review
Post a Comment