Pages

Sunday, August 30, 2009

Makna Merdeka Bagi Diorang

Salam Kemerdekaan kepada Seluruh Rakyat Malaysia..
hurmmm..
dah masuk tahun ke-52 dah kita merdeka...
pearghhh...ramai giler sensei tengok muda-mudi yang berpusu-pusu nak raikan kemerdekaan
tapi...
Apakah Makna Merdeka bagi Diorang???
almaklumlerrr...lain orang,lain pengertiannya pasal merdeka nie..
Luaran nampak merdeka sesama menyambutnya tapi dari sudut jiwa siapa yang tau kan...
merdeka ker kita sebagai bangsa merdeka???
tambahan pulak..Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sedang berusaha menyebarkan
laungan keramat 1 Malaysia yang dah lama bersarang dalam fikiran dia tue...
hhohoho...
kalau la sensei berkesempatan nak bersoal jawab ngan 'Najib'...
soalan yang paling first nak tya ialah:
' dah baper lama Datuk Fikir nak wat 1Malaysia nie???'
hohoho...

okie dokie..
jom kita tengok apa makna Merdeka Bagi Diorang nie:


Tentera
Dulu kewajipan menjaga keselamatan negara . Hidup sentiasa sengsara, semangat nasional membara bukan main hebat dan sangat ketara berkobar-kobarnya. Kini dah merdeka negara aman damai sejahtera..Merdeka amat bermakna bila dan bersara bila anak-anak dan besar dan hidup diorang pown disara oleh anak-anak mereka yang berjaya.

Murid
Hurmmmm..Saban hari belajar memang la perit. Buku bertimbun beg diseret kehulu-kehilir. Formula, fakta diingat otak semakin sempit dan padat...Belajar dan terus belajar tidak pernah serik walaupun sakit sampai tercirit-cirit..hohoho. Merdeka sungguh bila cuti tiba berderet-deret. Dit dikumpul sikit-sikit. Dalam otak macam-macam nak beli...henpon, credit, komik dan lain-lain walaupown poket dah kering kontang macam padang pasir......

Guru
Tanggungjawab mendidik mestilah didahulukan, mengajar menjadi pandai bukannyerr pandai jadi kaki tiru dalam pekse...walaupown kekadang murid dijadikan seteru. Perangai memurid kalu ditengok mata masyaAllah..naik berbulu, mak bapak pulak buat tak tau jerrr...Nak wat camner dah itu yang kementerian seru. Walaupown cuti semester panjang-panjang tapi rehat belum tentu. Bila murid berjaya baru merdeka dan bangga giler rasa di kalbu..maka, semangat nak mengajar, apalagi kembali menderu datang...hehehehehe

Penganggur
Haduihhh..masalah..masalah..Bagaikan merdeka kerana hari dah menninggi tapi masih berdengkur mengalahkan bunyi burung terkukur. dah la tu, berserabut malas bercukur terus jerr ke dapur melantak nasik campur sup telur. menghabihkan duit syiling setelah dicongak, ditolak, dicampur sebab tetiap setengah bulan kena gak p berhibur..kalu x dapat bagaikan jatuh tersungkur...Merdeka la jiwa mereka bila dapat menyusahkan mak bapak diorang...


hohoho...
dan Yang Sebenarnya...
banyak lagi pengertian Merdeka Bagi diorang...
Tapi Sensei Juzz Fokuskan kepada 4 jenis nie jerrr...
so..
'Merdekakan Diri Anda'


0 comments: